SOLAT LA, BUKAN SEMBAHYANG!!!



Banyak umat Islam pada hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat” termasuklah saya. Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Profesor Hasbi As Siddiqi dalam salah satu bukunya telah membahaskan perkataan “Sembahyang.” Katanya, “Sembahyang diambil dari perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa–dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua orang pakar Bahasa Indonesia yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia dan mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr. Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke tokong, orang Hindu pergi ke kuil, dan orang Kristian pergi ke gereja menggunakan istilah “Sembahyang”, terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, tidak sesuai sekiranya “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. Contohnya daripada “Nak, bangun! Pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “Nak, bangun! Pergi “Solat Subuh.”

Solat lebih tepat istilahnya. Bagi kita yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBAR-SEBARKAN…

3 Reaksi Pembaca:

Bicara Musafir on January 24, 2012 6:54 PM said...

Mabruk 'alaikum.. semoga Allah memberi kekuatn kpd antum utk kekalkn momentum perjuangn. InsyaAllah...

http://www.facebook.com/hamiduddin.ismail

Muhammad Iqbal on January 24, 2012 8:53 PM said...

moga istiqamah :D

Ahyad on February 23, 2012 12:01 PM said...

Em.. Sembahyang atau solat? boleh dapatkan sumber tak?

Abang tahu istilah sembahyang ni dikekalkan pengggunaannya ketika dakwah wali songo di nusantara.. rasa-rasa mereka lebih dekat dengan istilah sembahyang itu sendiri, jika membawa unsur syirik, mengapa wali songo tidak hapuskan terus istilah tu... kena fikir balik ni?

Related Posts with Thumbnails

JOM SERTAI .::Badan Dakwah & Rohani SBPIKP™::.

 

Kesatuan Badan Dakwah Malaysia

Kesatuan Badan Dakwah Malaysia

JOM UNDI

Topblogs @ iLuvislam Carta Top Blog Ukhwah.com Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

BADAR SBPIKP @ FB

Ta'rifuna

My Photo
MERUPAKAN SATU BADAN KEPIMPINAN DI SBPI KUBANG PASU, KEDAH >>> Blog ini dikendalikan oleh Lajnah Penerbitan dan Multimedia dengan kejasama ahli-ahli Majlis Tertinggi BADAR SBPIKP yang lain..

Top 10 Members

KOMEN TERKINI

.::Badan Dakwah & Rohani SBPIKP™::. Copyright © 2009 Template is Designed by BADARSBPIKP™