Sunday, February 7, 2010

PALESTIN : Jet Israel Gempur Gaza


Militer Israel melancarkan serangan udara di Jalur Gaza pada Rabu pagi ini (3/2), menurut saksi mata warga Palestin, pesawat-pesawat tempur Israel mensasarkan terowong-terowong bawah tanah di perbatasan dengan Mesir dan sebuah bandara kosong.




Kepada Reuters saksi mata menyatakan bahawa pesawat jet Israel telah menembakkan tidak kurang lima roket ke sebuah bekas bandara dan terowongan bawah tanah, yang diyakini oleh Israel digunakan untuk melakukan penyeludupan senjata.



Laman Al-Jazeera mendapatkan informasi dari sumber medik, mengatakan serangan tersebut telah melukai tiga orang, namun ditambahkan bahawa belum ada informasi yang dapat disahkan tentang korban dalam serangan itu.



Seorang jurucakap tentara Israel mengesahkan adanya serangan udara dari pesawat jet tempur mereka, dia mengatakan bahawa serangan yang dilakukan mensasarkan dua sasaran, salah satunya terowongan bawah tanah yang di duga kuat digunakan para pejuang Palestin untuk menyeludupkan senjata dari Mesir.



Jurucakap tentera Israel tersebut juga menyatakan, serangan udara mereka sebagai tanggapan atas dua roket yang ditemukan di pantai Mediteranian yang ditembakkan ke wilayah Israel dan salah satu roket mendarat di daerah pertanian pada hari Selasa lalu.



Serangan udara Israel datang tak lama setelah diadakannya sidang media antara perdana menteri Israel Netanyahu dengan mitranya pemimpin Italia Silvio Berlusconi, hari Selasa kelmarin. Dalam majlis tersebut, Netanyahu menyatakan Israel akan segera menanggapi temuan roket di pantai.



Kelompok Jihad Islam mengatakan, mereka telah meluncurkan roket ke wilayah Israel dalam sebuah operasi gabungan dengan Brigade Syuhada Aqsha Selasa kemarin.(fq/aby/imo)



sumber

Tuesday, February 2, 2010

Krisis di Yaman


 

Apakah penyebab berlakunya krisis di Yaman di saat ini?

Peperangan memerangi terorisme (War On Terrorism) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa baru pada bulan Disember 2009 apabila peperangan di Afghanistan beralih ke Yaman. Tentera kufar AS melancarkan peluru berpandu yang dibantu oleh pasukan pemerintah Yaman, dengan menggunakan kereta kebal, helikopter dan meriam telah menyerang perkampungan di pergunungan yang dipercayai tempat persembunyian rangkaian al-Qaeda Osama bin Laden. Yaman nampaknya akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelbagai perkara, di mana kerajaan pusat Yaman yang lemah telah gagal untuk menyelesaikan masalah secara diplomatik lalu terus menggunakan cara ketenteraan untuk menyelesaikannya. Yaman telah berhadapan dengan perang saudara dengan dengan sebahagian besar penduduk Syi’ah di bahagian utara. Ia juga berhadapan dengan puak pemisah di selatan yang menuntut rundingan semula kesepakatan penyatuan wilayah utara dan selatan yang termeterai pada tahun 1990. Selain itu, Yaman juga menghadapi serangan daripada al-Qaeda di seluruh wilayahnya. Yaman hari ini merupakan negara yang sebahagian besarnya masih mundur dan dipimpin oleh pelbagai suku (kabilah), manakala kerajaan pusat pula masih gagal mengubah kenyataan ini.

Mengapa berlakunya perang saudara di utara?

Pada tahun 1962, suatu rampasan kuasa secara ketenteraan telah menamatkan tampuk pemerintahan Imam-Imam Syi’ah (aliran Zaydi) yang telah berkuasa berabad-abad lamanya, lalu ditubuhkan Republik Arab Yaman (YAR) di utara. YAR berminat untuk bersekutu dengan wilayah selatan kerana kepentingan kekayaan minyaknya. Dua pemimpin iaitu Ali Salim Al-Baidh dari wilayah selatan dan Ali Abdullah Saleh dari utara telah mengisytiharkan penyatuan kedua-dua wilayah tersebut pada bulan Mei tahun 1990. Parti Islam, Islah dan parti pimpinan Ali Abdullah Saleh, Kongres Rakyat Umum (GPC) memenangi pilihanraya di wilayah utara manakala di selatan Parti Sosialis Yaman (YSP) menguasai kerusi pilihanraya. Akibatnya perselisihan politik ini, muncul perang saudara antara kedua-dua wilayah tersebut pada tahun 1994 yang berakhir dengan kekalahan pada pihak selatan. Selepas tamat peperangan, pihak berkuasa di Sana’a memaksa pegawai tentera dan pegawai kerajaan di selatan untuk meletak jawatan dan digantikan dengan sumber manusia dari wilayah utara.

Pada bulan Ogos 2009, tentera Yaman telah melancarkan serangan besar-besaran yang dikenali sebagai Operasi Bumi Hangus dalam menghadapi Sa’dah iaitu kaum Syi’ah di utara yang melancarkan pemberontakan menentang pemerintah Yaman. Sebahagian besar pertempuran berlaku di bahagian barat laut Yaman di kawasan pentadbiran Sa’ada. Kerajaan Yaman mengatakan bahawa serangan dilancarkan oleh pasukan yang diketuai oleh Abdul Malik al-Houthi sebagai usaha mengembalikan semula kepimpinan Imamah Syi’ah yang telah digulingkan pada tahun 1962. Pengikut Al-Houthi mendakwa diri mereka sebagai pengikut mazhab Zaydi, iaitu salah satu pecahan dari Syi’ah yang asing terhadap Yaman. Kebanyakan penyerang adalah daripada golongan kabilah yang bersedia untuk menyerah diri sekiranya mereka mendapat bantuan ekonomi daripada kerajaan pusat serta beberapa konsesi umum seperti jalan-jalan dan sekolah-sekolah. Beberapa (kegagalan) perjanjian konsesi yang dimeterai di Sana’a yang menjadi krisis di utara sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan. Tetapi pada waktu ini kerajaan pusat Yaman meletakkan strategi untuk menjadikan pemberontak berada dalam keadaan lemah yang akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Situasi menjadi semakin rumit melalui campurtangan Arab Saudi yang memihak kerajaan Yaman dengan menuduh Iran sebagai dalang serangan.


Mengapa wujud seruan pemisah di selatan?

Seramai 100 ribu pesara pegawai tentera dan penjawat awam dalam perang saudara 1994 tidak menerima bayaran pencen secara keseluruhan. Bekas penjawat awam yang dipaksa bersara juga menuntut agar pencen mereka dihitung dan dinaikkan jumlahnya. Mereka menubuhkan Persatuan Pesara Tentera (SRMO) serta memulakan siri tekanan terhadap kerajaan serta melakukan perarakan (demostrasi) bantahan. Pihak selatan juga menuntut agar dibuka peluang pekerjaan, menghapuskan rasuah serta perkongsian kekayaan minyak di wilayah terbabit. Pada pertengahan 2009, ‘gerakan selatan’ mula menuntut pemisahan dan menubuhkan semula negeri selatan. Pada bulan Jun 2009, ‘gerakan selatan’ telah menamakan lima orang pemimpin yang menjadi pimpinan revolusi damai di selatan. Berlaku peningkatan situasi tegang antara penduduk selatan dan golongan Syi’ah di sana di mana kehidupan (budaya) mereka terpisah antara sesama mereka. Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyatakan sebab berlakunya situasi ini:

“Terdapat beberapa puak di selatan yang merasa terpinggir, tetapi kumpulan itu (gerakan selatan) merupakan suara rakyat. Rakyat mahukan harga (barang) yang rendah, perkhidmata yang baik dan peluang pekerjaan. Itulah sebabnya mereka bergerak menyuarakan pemisahan” [‘In the name of unity’, Human Rights Watch, Disember 2009]

Ancaman Al-Qaeda?

Yaman adalah ‘kampung’ bagi para mujahidin yang menentang Soviet Union (USSR) ketika mereka menyerang Afghanistan dahulu. Kebanyakkan mujahidin kembali ke Yaman selepas tamatnya konflik terbabit. Di akhir peperangan Afghanistan menentang USSR, kem latihan (mujahidin) tumbuh bagaikan cendawan di Yaman sekitar tahun 1990-an. Salah satunya di Huttat, selatan Yaman merupakan markaz bagi tentera Aden-Abyan. Sebagai ‘mangsa’ buruan Amerika, Aden-Abyan dikatakan menjadi sayap gerakan Al-Qaeda selepas tragedi 11 Sept 2001. Yaman memberikan laluan kepada Amerika malah menyertainya dalam misi menyerang umat Islam. Sepertimana Pervez Musharraf, Presiden Ali Abdullah Saleh akur dengan kehendak Amerika serta mengharapkan balasan berbentuk bantuan (kewangan) dari Amerika melalui perjanjian dengan Bush apabila berjaya menangkap bekas mujahidin tersebut. Kerajaan di Sana’a memerlukan bantuan mujahidin dalam perang saudara pada tahun 1994 menentang selatan yang cuba melarikan diri (kebanyakannya adalah bekas pengikut ideologi Marxis). Semuanya berubah apabila USS Cole di Aden diserang pada Oktober 2000 di mana 17 pelaut Amerika terbunuh. Dan peristiwa 9/11 hanyalah sebagai penguat tuntutan Amerika di Yaman.

Berapa banyak krisis berlaku akibat campurtangan luar?

Kerajaan Arab Saudi dan Yaman cuba mengaitkan hubungan Al-Houthi dengan Iran kerana masing-masing beraliran Syi’ah walaupun berbeza mazhab (Syi’ah di Yaman bermazhab Zaydi manakala Iran bermazhab Imam dua belas). Arab Saudi telah lama berhadapan dengan masalah puak pelampau di sempadan Yaman dan undang-undang persempadanannya. Ketika ini, Arab Saudi terpaksa meletakkan zon bebas sejauh 10 km dalam sempadan Yaman.

Atas arahan Presiden Barack Obama, tentera kuffar Amerika telah melancarkan peluru berpandu pada 20 Disember 2009 ke atas dua kawasan yang disyaki sebagai kem Al-Qaeda di Yaman. Sekarang Amerika benar-benar telah menceroboh Yaman dengan menggunakan pendekatan ‘umpan dan hukum’ terhadap kerajaan Yaman. Pasukan khas dilatih oleh Amerika dalam melakukan serangan melalui maklumat perisikan Amerika sejak Ali Abdullah Saleh menyertai kempen Amerika memerangi keganasan. Serangan-serangan tersebut merupakan peningkatan serangan utama pemerintahan Obama di wilayah tersebut.

Adakah Amerika memiliki kepentingan strategi di wilayah tersebut?

Bagi Amerika dan beberapa kuasa lain memandang bahawa Laut Merah dan Teluk Aden sentiasa mewakili strategi umum perairan di wilayah berkenaan. Lebih 30% daripada minyak mentah dan lebih daripada 10% perdagangan dunia adalah melalui wilayah ini. Amerika menghadapi kegagalan di Somalia dalam usaha menguasai perairan tersebut. Terdapat banyak kapal perang asing di Teluk Aden dan sepanjang pantai Somalia termasuk kapal perang Amerika US Navy Fifth Fleet yang mana sejak kebelakangan ini ia menjadi tumpuan beberapa isu rampasan (lanun) kapal perdagangan antarabangsa. Ironinya, kebanyakan kapal dari Eropah telah menjadi mangsa rompakan, bukan kapal dari Amerika yang paling banyak menggunakan perairan tersebut. Faktanya, Amerikalah yang    mengawasi (menjadi polis) kegiatan perlanunan tersebut.

Arahan dari kerajaan Amerika agar menubuhkan pasukan Rondaan Keselamatan Maritim Kawasan (MSPA) adalah bertujuan untuk mengawal zon khas di Teluk Aden pada Ogos 2008. Biarpun sempadan zon tersebut tidak ditanda, namun ia menjurus kepada kawasan segiempat koridor antara Somalia dan Yaman, dan antara sektor utara teluk tersebut. Dari sini dapat dilihat Amerika sedang membina tapak tetapnya di Teluk Aden bagi memelihara kepentingannya di Afrika dan digunakan sebagai laluan airnya di perairan yang sangat penting itu. Pegawai kanan tentera Perancis mengeluarkan kenyataan di Ashraq Alawsat pada 28 Oktober 2008 dengan berkata, “Dengan meletakkan ketenteraannya di Djibouti, Amerika mensasarkan suatu ketetapan yang pasti, yakni untuk memastikan keberadaannya di sekitar Afrika di sebalik kehangatan konflik di Yaman, Somalia dan bahkan di Sudan”

Kesimpulannya, kemunculan serangan AS di Yaman adalah dalam rangka bertujuan untuk mengawal Teluk Aden selepas ia gagal mengalahkan regim Somalia serta kepentingan strategik umum Amerika di Afrika. Sepertimana kelemahan kerajaan Sudan, Amerika menerjah masuk campur tangan dalam isu perebutan tanah antara suku-suku sekaligus menggunakan konflik tersebut untuk mencapai matlamat pengendalian kekayaan minyak negara itu. Nampaknya Amerika sekali lagi menggunakan taktik yang sama, ketidakmampuan rejim Yaman dalam menangani masalah-masalah dalaman turut membuka peluang yang luas kepada rejim kufur Amerika untuk campur tangan sambil meraih penguasaan tetap di laluan perairan terpenting di Teluk Aden.

WALLAHU A'LAM

HAMAS

Wednesday, January 27, 2010

Lina Joy

Pada beberapa hari yang lepas, pihak BADAR SBPIKP ada menerima satu email yang berkaitan dengan murtadnya Lina Joy yang pada satu ketika dahulu menjadi isu panas di Malaysia.
Berikut merupakan isi email tersebut:
( LINA JOY )
 Kehebatan Peguam Jahanam

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa....
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!


Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH


(Agama Islam)....

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan

IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM
meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum

identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,

mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat

hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga

ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible

dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di

Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium

Muslim


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya

dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat

Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'.....Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',

katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,

maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar

berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja

mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil

daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir

al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)




27  SEPTEMBER 2007

Wallahua`ala `alam.

Wednesday, January 20, 2010

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)

“HARAM MEMBAKAR RUMAH IBADAT AGAMA LAIN
DAN BERHATI-HATILAH TERHADAP TIPUDAYA JAHAT”


Berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pembenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember 2009 yang lalu, sebahagian dari umat Islam telah melakukan demonstrasi membantah keputusan mahkamah tersebut. Ekoran dari itu, telah berlaku kejadian di sekitar Lembah Kelang di mana beberapa buah gereja dibakar dan cuba dibakar oleh pihak-pihak yang masih belum dikenal pasti.

Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini mengingatkan umat Islam bahawa mungkin sahaja ada pihak-pihak yang berkepentingan sengaja melakukan pembakaran tersebut bagi mengeruhkan lagi suasana, baik dari kalangan orang kafir mahupun dari kalangan orang Islam sendiri. Setiap gerakan Islam dan individu Muslim yang ikhlas hendaklah berhati-hati dan tidak seharusnya melatah dengan isu yang berlaku. Kaum Muslimin yang beriman dan ikhlas hendaklah sentiasa berwaspada dan mengingatkan satu sama lain akan agenda jahat yang tersembunyi di sebalik peristiwa nama Allah dan pembakaran gereja ini, baik ia dilakukan oleh orang kafir mahupun orang Islam.

Secara khususnya Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengingatkan umat Islam bahawa:-


1. Islam mengharamkan penganutnya untuk membakar rumah ibadat agama lain. Walaupun kita tidak bersetuju dan tidak redha dengan perbuatan mereka dalam apa jua hal, namun kita diharamkan untuk membakar atau merosakkan rumah ibadat mereka. Sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat (Ijmak Sahabat) tidak pernah menunjukkan atau membenarkan hal ini dilakukan.

2. Rumah ibadat orang-orang kafir sememangya tidak boleh zahir di tengah-tengah umat Islam, namun ketentuan untuk meroboh atau mengalihkannya hendaklah datang dari ketua negara. Memanglah pemimpin hari ini tidak mempedulikan ini semua, namun Insya Allah bila Khilafah tertegak nanti, Khalifah akan berhukum dengan hukum Allah dan memastikan hal ini tidak berlaku.


3. Umat Islam tidak seharusnya mudah melatah dengan provokasi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Jangan terpancing dengan emosi dan provokasi sehingga melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Emosi hendaklah dipandu mengikut hukum syarak.

4. Peristiwa pembakaran ini telah menyebabkan pihak polis mengambil langkah-langkah yang lebih berpihak kepada gereja seperti menjaga keselamatan gereja (dan paderi) dan tidak mustahil selepas ini kerajaan akan menanggong kos pembaikan gereja dalam usaha mengambil hati orang-orang kafir. Proses menjaga keselamatan gereja ini tentunya akan melibatkan pasukan keselamatan yang beragama Islam, akan memakan masa yang agak panjang dan akan tentunya menelan belanja yang tidak sedikit di dalam keseluruhan prosesnya yang mana akhirnya, wang rakyat juga yang akan dipergunakan, dan umat Islamlah yang akan menanggong lebih kerugian.

5. Orang kafir tentunya akan mengambil kesempatan dengan kejadian yang berlaku ini untuk memburukkan lagi Islam dan umatnya. Peristiwa pembakaran ini tentunya akan diperbesarkan oleh orang kafir bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara dan hal ini akan memberi ruang kepada orang kafir di seluruh dunia untuk bersatu suara memburukkan lagi Islam dan umatnya.

6. Sesungguhnya sistem sekular yang diterapkan pada hari inilah yang menjadi punca kepada banyak krisis yang melanda. Hukum Allah telah diganti dengan hukum buatan tangan sendiri di bawah sistem demokrasi. Hukum Allah hakikatnya telah lama ‘dihina’ oleh pemerintah sekular. Mahkamah yang memutuskan pada hari ni adalah mahkamah kufur, yang diwujudkan oleh pemerintah itu sendiri. Apa yang lebih buruk dari penyalahgunaan istilah Allah adalah tidak diterapkannya hukum Allah di dalam negara oleh parti pemerintah. Mereka kononnya menjaga ‘nama’ Allah, tetapi sejak sekian lama mereka tidak pernah menjaga ‘hukum’ Allah, sebaliknya mereka telah mencampakkan hukum Allah sejauh-jauhnya. Tidak berjalannya hukum Allah di dalam negara menyebabkan banyak kerosakan dan malapetaka yang muncul darinya.


7. Sistem demokrasi yang diterapkan tidak pernah sama sekali menjaga dan melindungi kesucian agama Allah, malah senantiasa mensucikan sistem dan undang-undang kufur. Sistem kufur buatan manusia ini tidak pernah menjaga akidah umat Islam, malah dengannyalah akidah umat Islam semakin rapuh dan orang Islam dibenarkan murtad dari agama Allah tanpa dikenakan hukuman yang sepatutnya. Sistem yang buruk ini hendaklah ditukar kepada sistem Khilafah ala minhaj nubuwwah.

8. Pihak media seharusnya berhenti dari ‘memanaskan’ isu ini dan semua pihak hendaklah menghentikan segera segala provokasi.

9. Kaum Muslimin harus bertindak bijak dalam menangani masalah ini supaya ia tidak menjadi lebih buruk. Ingatlah kepada Allah dan Rasul sebelum melakukan setiap perbuatan dan periksalah sama ada Allah dan RasulNya membenarkan atau tidak untuk kita melakukan perkara tersebut. Jika benar mereka yang melakukannya adalah dari kalangan umat Islam yang ikhlas, semoga mereka yang bertanggungjawab ini sedar akan perbuatan salah mereka dan tampil membuat pengakuan, dan mereka hendaklah kembali bertaubat kepada Allah. Semoga Allah mengampuni mereka.



USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden HTM

Sumber :
Hizbut Tahrir Malaysia

WALLAHU A'LAM


HAMAS

Thursday, January 14, 2010

10 Wasiat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna


10 Wasiat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna
 
1.        Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaannya.

2.        Baca, telaah dan dengarkan Al-quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.

3.        Bersungguh-sungguhlah untuk boleh berbicara dalam bahasa arab dengan fasih, kerana sesungguhnya ia adalah syiar Islam.


4.        Jangan memperbanyak perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.

5.        Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram.

6.        Jangan bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat sedemikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara berterusan.

7.        Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang lain.

8.        Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara kecuali yang baik.

9.        Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip da’wah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
 
10.     Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpu daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah selain itu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.


Ya muslimin wal muslimat, hafazlah dan amalkanlah 10 wasiat
yang diutarakan tersebut demi kesejahteraan umat Islam... 
insya-Allah.  


al-Fatihah li asy-Syahid Imam Hasan al-Banna...


 WALLAHU A'LAM

HAMAS 



Tuesday, January 12, 2010

Nak buat macamana , Dah Allah tetapkan macam ni..

Kenapa suka pilih jalan tak elok macam ini??

Jawapannya : “ Nak buat macamana , dah memang Allah taala letakkan kami macam ni.Kami nak buat macamana?Taqdir bang..”

Inilah jawapan dan perkataan yang sering kita dengar terpacul keluar daripada mulut sesetengah masyarakat bilamana jalan hidup yang mereka pilih ternyata bertentangan dengan jalan yang Islam letakkan.

Mudah dan padat bagi mereka menggunakan jawapan sebegini.Tak perlu salahkan diri sendiri.Sebaliknya salahkan taqdir Allah taala kepada mereka.

Iblis pernah bertanya kepada Allah taala.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, bukankah Engkau telah mengetahui bahawa aku akan diciptakan dan aku akan menderhakai perintahMu?”

Allah taala menjawab : “ Tentu sekali Aku mengetahui bahawa engkau akan diciptakan dan akan menderhakai perintahKu”

Iblis menyambung bicara : “ Jika engkau telah mengetahui bahawa aku akan menjadi hamba yang derhaka, mengapa engkau menciptakan aku dan akhirnya memasukkan aku ke dalam nerakaMu??”

Allah taala menjawab : “ Adakah kamu mengetahui bahawa kamu akhirnya akan menderhakai Aku? Kamu mengetahuinya setelah kamu menderhakai aku atau sebelum kamu menderhakai Aku??”

Iblis menjawab : “ Tentu sekali aku mengetahui bahawa aku menderhakaiMu setelah aku melakukan penderhakaan tersebut”

Allah taala menjawab “ Maka aku meletakkan hukuman ke atasMu setelahnya bukan sebelumnya”

Nah, kalau kita bicara dengan masyarakat awam dan sesetengah golongan terpelajar kononnya terkadang terkeluar juga perkataan seperti iblis ini tanpa mereka sedari.

Bila kita jumpa orang tengah berdua-duaan di taman bunga, bila ditanya kenapa suka berdua-duaan sebegini? Haram hukumnya kalau bukan suami isteri.

Terkadang jawapan yang diberikan “ Nak buat macamana , di dalam Lauh Mahfuz lagi Allah dah tulis bahawa kami berdua pada tarikh dan waktu ini akan berdua-duaan.Maka kami mengikut perintah Allah taala hakikatnya”

Orang sebegini perlu ditumbuk sahaja.Bila ditanya kepada kita, kenapa kamu tumbuk saya ?? Maka berikan semula jawapannya “ Nak buat macamana , Dah Allah taala dah letakkan dalam Lauh Mahfuz lagi bahawa saya memang akan tumbuk kamu pada hari dan waktu ini di Taman Bunga ini"

Ramai sangat yang suka sebut jawapan sebegitu.Tanpa sedar mereka hakikatnya telah mengikut sebahagian daripada ajaran Jabariah.Ajaran yang meletakkan bahawa Allah taala memaksa kita melakukan segalanya.Kita hanya diibaratkan seperti bulu burung yang berterbangan di udara yang hanya mengikut gerakan angin.Kalau ditiup ke kiri maka kita akan bergerak ke kiri.Kalau ditiup ke kanan maka kita akan bergerak ke kanan tanpa kehendak dan pilihan.

Golongan Jabariah jika mereka berzina maka mereka akan mengatakan bahawa kami hakikatnya telah diletakkan oleh Allah taala akan berzina pada hari ini.Maka kami Cuma mengikutinya dan menurut perintah Tuhan Kami.Kami hanya diibaratkan sebagai seorang pelakon yang hanya mendapat arahan daripada pengarah.

Jawapan kepada golongan sebegini sangat mudah.Tanyakan semula kepada mereka seperti yang ditanyakan oleh Allah taala kepada Iblis laknatullah.

Golongan sebegini hakikatnya ingin mempertikaikan Allah taala.Menyalahkan taqdir dan mempersoalkan kenapa kami perlu diseksa sedangkan Tuhan sendiri yang menjadikan perbuatan kami ini??.

Tanyakan semula kepada mereka “ Adakah kamu mengetahui sebelum ini bahawa kamu akan menjadi makhluk yang melakukan kejahatan?? Kamu mengetahuinya setelah kamu melakukan kejahatan atau sebelum melakukannya kamu telah melihat di Lauh Mahfuz bahawa pada tarikh dan waktu sekian-sekian kamu akan menjadi seorang yang jahat???”

Hakikatnya kamu hanya mengetahui bahawa kamu akan menjadi Mat Rempit setelah kamu terlibat dalam rempit.Kamu mengetahui bahawa kamu akan berzina dan melacur dengan seseorang setelah kamu melakukan perbuatan tersebut.Setelah kamu melakukan barulah kamu mengetahui bahawa Allah taala telah letakkan bahawa kamu akan melakukan perkara ini pada tarikh dan waktu tertentu.Kenapa tidak menjauhkan perkara sebegini sebelum kamu terlibat??

Kamu banyak buruk sangka dengan Allah taala.Oleh kerana itulah kamu dipersoalkan hasil buruk sangka dengan Tuhanmu sendiri.

Kalau kamu boleh menilik apa yang ada di Lauh Mahfuz,dan di dalamnya tertulis bahawa esok hari tepat jam 3 petang kamu akan berzina.Maka pada keesokkan harinya kamu melakukan perkara tersebut pada waktunya yang ditetapkan.Maka perbuatan zina tersebut bukan lagi dianggap maksiat.Malah dianggap ibadah kepada kamu kerana mentaati apa yang ditulis di Lauh Mahfuz.

Tapi persoalannya “ Kamu tahu ke apa yang ditulis kepada kamu di Lauh Mahfuz ?? Kamu tahu ke esok apa yang akan kamu lakukan??” Kalau tak tahu, amalkan apa yang Allah taala dan RasulNya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Jangan buruk sangka lagi dengan Allah taala.Benarlah Firman Allah taala di dalam sebuah Hadis Qudsi :

أنا عند ظن عبدي بي

Maksudnya : Aku bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu( jika baik sangkaannya kepadaKu maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan , tapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan).

Kembalilah semula kepada Akidah yang benar .Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asyai’rah dan Maturidiyah.Jangan tanpa sedar kita telah menuruti jalan Jabariah yang dimurka oleh Allah taala.

WALLAHU'ALAM

Sumber

Thursday, December 31, 2009

Malukah kita?




"Adik malu tak kalau..? Malu la! Masya-Allah.. Malu mestilah bertempat adik oi..." . Di bawah akan dibincangkan tentang malu yang mahmudah. Sebelum itu, hayatilah hadis ini... 


     Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata ,Rasulullah S.A.W bersabda: ''Sesungguhnya antara ungkapan anbiya' terdahulu yang dapat diketahui oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu ,maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu''- Riwayat Imam al-Bukhari

Pengajaran hadis


1. Malu merupakan sifat terpuji yang menjadi akhlak para rasul ,anbiya' dan  
    malaikat al-muqarrabin .


2. Hadis tersebut bukanlah suatu suruhan tetapi dikira tahdid-kecaman supaya kita
    meninggalkan sikap tidak malu yang menyebabkan hilangnya iman.


3. Malu juga menjadi benteng bagi kita daripada melakukan dosa dan maksiat.


4. Sifat malu yang mahmudah terbahagi kepada dua;


    a. boleh diusahakan
       Yakni sifat malu yang dilatih hingga menjadi kebiasaan.Kaedah 
       mengusahakannya ialah cara makrifatullah iaitu mengenal Allah dan 
       merasai muraqabah Allah yakni merasai Allah sentiasa mengawasi kta.

   b. tak boleh diusahakan
       Yakni rasa malu yang fitrah,diberikan Allah.


5. Malu yang mazmumah pula ialah malu bertanya hal agama,malu menutup 
    aurat,malu diejek kawan, dikata warak yang menjurus kita malu untuk  
    melakukan kebaikan.


6. Malu itu pakaian iman ataupun disebut sebagai malu dan  iman itu 
    berpasangan jika salah satu hilang maka kedua-dua akan hilang...


7. Sejarah peradaban membuktikan bahawa nafsu manusia amat tak   
    terbatas.Hanya penghayatan sifat malu mampu membendungnya.


8. Malu sejati adalah malu yang disertakan iman kepada Allah


      Sekian .Mudah-mudahan artikel ni menjadi panduan antum dan antunna semua.Jangan anggap ini soal remeh-temeh. Pada pandangan Ana sifat malu sudah semakin lenyap dalam kalangan ummah sekarang ...Berbual ,bertepuk tampar ,berseloroh menjadi budaya walaupun berlainan jantinanya... Rasa malu dan hina kepada Allah belum tau ada atau tidak. Akhir kata, FASTABIQUL KHAIROT...

ad-din


WALLAHU'ALAM

Tuesday, December 29, 2009

Penemuan Baru: Sungai di bawah lautan??

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

SUMBER : Klik disini 

ibnuDDin
Related Posts with Thumbnails
 

Kesatuan Badan Dakwah Malaysia

Kesatuan Badan Dakwah Malaysia

JOM UNDI

Topblogs @ iLuvislam Carta Top Blog Ukhwah.com Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

ANUGERAH BLOG

Iklaneka BADAR SBPIKP

Photobucket
banner apis

Sila Klik

ta'rufuna

My Photo
BADAR SBPIKP
MERUPAKAN SATU BADAN KEPIMPINAN DI SBPI KUBANG PASU, KEDAH
View my complete profile

KOMEN TERKINI

.::Badan Dakwah & Rohani SBPIKP™::. Copyright © 2009 Template is Designed by BADARSBPIKP™